Surah 75

Al-Qiyamah القيامة

القيامةMakki40 ayat
Laporkan Ralat
Hifd

Pemain hafazan

Dengar ayat demi ayat, pilih ulangan dan gelungkan julat yang tepat.

Ayat 1daripada 40 · Mahmoud Khalil Al-Husary

Papan kekunci: Space main/jeda · ← → ayat sebelum/seterusnya

0:000:00

Al-Qiyamah

Teks Arab: skrip Uthmani (disahkan Tanzil), melalui Al Quran Cloud.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. Juz 29 · halaman 577

    لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ ﴿١

    Laaa uqsimu bi yawmil qiyaamah

    Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

  2. Juz 29 · halaman 577

    وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ ﴿٢

    Wa laaa uqsimu bin nafsil lawwaamah

    Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

  3. Juz 29 · halaman 577

    أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ ﴿٣

    Ayahsabul insaanu al lan najm'a 'izaamah

    Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

  4. Juz 29 · halaman 577

    بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ ﴿٤

    Balaa qaadireena 'alaaa an nusawwiya banaanah

    Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

  5. Juz 29 · halaman 577

    بَلْ يُرِيدُ ٱلْإِنسَٰنُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُۥ ﴿٥

    Bal yureedul insaanu liyafjura amaamah

    (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

  6. Juz 29 · halaman 577

    يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَٰمَةِ ﴿٦

    Yas'alu ayyyaana yawmul qiyaamah

    Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

  7. Juz 29 · halaman 577

    فَإِذَا بَرِقَ ٱلْبَصَرُ ﴿٧

    Fa izaa bariqal basar

    Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

  8. Juz 29 · halaman 577

    وَخَسَفَ ٱلْقَمَرُ ﴿٨

    We khasafal qamar

    Dan bulan hilang cahayanya,

  9. Juz 29 · halaman 577

    وَجُمِعَ ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ ﴿٩

    Wa jumi'ash shamusu wal qamar

    Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

  10. Juz 29 · halaman 577

    يَقُولُ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ ٱلْمَفَرُّ ﴿١٠

    Yaqoolul insaanu yaw ma 'izin aynal mafarr

    (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"

  11. Juz 29 · halaman 577

    كَلَّا لَا وَزَرَ ﴿١١

    Kallaa laa wazar

    Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

  12. Juz 29 · halaman 577

    إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمُسْتَقَرُّ ﴿١٢

    Ilaa rabbika yawma 'izinil mustaqarr

    Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

  13. Juz 29 · halaman 577

    يُنَبَّؤُا۟ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ ﴿١٣

    Yunabba 'ul insaanu yawma 'izim bimaa qaddama wa akhkhar

    Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

  14. Juz 29 · halaman 577

    بَلِ ٱلْإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ بَصِيرَةٌۭ ﴿١٤

    Balil insaanu 'alaa nafsihee baseerah

    Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

  15. Juz 29 · halaman 577

    وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ ﴿١٥

    Wa law alqaa ma'aazeerah

    Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

  16. Juz 29 · halaman 577

    لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ ﴿١٦

    Laa tuharrik bihee lisaa naka lita'jala bih

    Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

  17. Juz 29 · halaman 577

    إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ ﴿١٧

    Inna 'alainaa jam'ahoo wa qur aanah

    Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

  18. Juz 29 · halaman 577

    فَإِذَا قَرَأْنَٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ ﴿١٨

    Fa izaa qaraanaahu fattabi' qur aanah

    Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

  19. Juz 29 · halaman 577

    ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ ﴿١٩

    Summa inna 'alainaa bayaanah

    Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

  20. Juz 29 · halaman 578

    كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ ﴿٢٠

    Kallaa bal tuhibboonal 'aajilah

    Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

  21. Juz 29 · halaman 578

    وَتَذَرُونَ ٱلْءَاخِرَةَ ﴿٢١

    Wa tazaroonal Aakhirah

    Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

  22. Juz 29 · halaman 578

    وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاضِرَةٌ ﴿٢٢

    Wujoohuny yawma 'izin naadirah

    Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

  23. Juz 29 · halaman 578

    إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌۭ ﴿٢٣

    Ilaa rabbihaa naazirah

    Melihat kepada Tuhannya.

  24. Juz 29 · halaman 578

    وَوُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۭ بَاسِرَةٌۭ ﴿٢٤

    Wa wujoohuny yawma 'izim baasirah

    Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,

  25. Juz 29 · halaman 578

    تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌۭ ﴿٢٥

    Tazunnu any yuf'ala bihaa faaqirah

    Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

  26. Juz 29 · halaman 578

    كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ ﴿٢٦

    Kallaaa izaa balaghatit taraaqee

    Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

  27. Juz 29 · halaman 578

    وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍۢ ﴿٢٧

    Wa qeela man raaq

    Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"

  28. Juz 29 · halaman 578

    وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلْفِرَاقُ ﴿٢٨

    Wa zanna annahul firaaq

    Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

  29. Juz 29 · halaman 578

    وَٱلْتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ ﴿٢٩

    Waltaffatis saaqu bissaaq

    Serta kedahsyatan bertindih-tindih;

  30. Juz 29 · halaman 578

    إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمَسَاقُ ﴿٣٠

    Ilaa rabbika yawma'izinil masaaq

    (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).

  31. Juz 29 · halaman 578

    فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ ﴿٣١

    Falaa saddaqa wa laa sallaa

    (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!

  32. Juz 29 · halaman 578

    وَلَٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿٣٢

    Wa laakin kazzaba wa tawalla

    Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!

  33. Juz 29 · halaman 578

    ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ ﴿٣٣

    Summa zahaba ilaaa ahlihee yatamatta

    Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

  34. Juz 29 · halaman 578

    أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ ﴿٣٤

    Awlaa laka fa awlaa

    (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

  35. Juz 29 · halaman 578

    ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ ﴿٣٥

    Summa awlaa laka fa awla

    Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

  36. Juz 29 · halaman 578

    أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى ﴿٣٦

    Ayahsabul insaanu anyytraka sudaa

    Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

  37. Juz 29 · halaman 578

    أَلَمْ يَكُ نُطْفَةًۭ مِّن مَّنِىٍّۢ يُمْنَىٰ ﴿٣٧

    Alam yaku nutfatam mim maniyyiny yumnaa

    Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

  38. Juz 29 · halaman 578

    ثُمَّ كَانَ عَلَقَةًۭ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ ﴿٣٨

    Summa kaana 'alaqata fakhalaq fasawwaa

    Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

  39. Juz 29 · halaman 578

    فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ ﴿٣٩

    Faja'ala minhuz zawjayniz zakara wal unsaa

    Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.

  40. Juz 29 · halaman 578

    أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْۦِىَ ٱلْمَوْتَىٰ ﴿٤٠

    Alaisa zaalika biqaadirin 'alaaa any yuhyiyal mawtaa

    Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!