Surah 74

Al-Muddaththir المدثر

المدثرMakki56 ayat
Laporkan Ralat
Hifd

Pemain hafazan

Dengar ayat demi ayat, pilih ulangan dan gelungkan julat yang tepat.

Ayat 1daripada 56 · Mahmoud Khalil Al-Husary

Papan kekunci: Space main/jeda · ← → ayat sebelum/seterusnya

0:000:00

Al-Muddaththir

Teks Arab: skrip Uthmani (disahkan Tanzil), melalui Al Quran Cloud.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. Juz 29 · halaman 575

    يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ ﴿١

    Yaaa ayyuhal muddassir

    Wahai orang yang berselimut!

  2. Juz 29 · halaman 575

    قُمْ فَأَنذِرْ ﴿٢

    Qum fa anzir

    Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

  3. Juz 29 · halaman 575

    وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ ﴿٣

    Wa rabbaka fakabbir

    Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

  4. Juz 29 · halaman 575

    وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ ﴿٤

    Wa siyaabaka fatahhir

    Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

  5. Juz 29 · halaman 575

    وَٱلرُّجْزَ فَٱهْجُرْ ﴿٥

    Warrujza fahjur

    Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

  6. Juz 29 · halaman 575

    وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ ﴿٦

    Wa laa tamnun tastaksir

    Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

  7. Juz 29 · halaman 575

    وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ ﴿٧

    Wa li Rabbika fasbir

    Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

  8. Juz 29 · halaman 575

    فَإِذَا نُقِرَ فِى ٱلنَّاقُورِ ﴿٨

    Fa izaa nuqira fin naaqoor

    Kerana apabila telah ditiup sangkakala,

  9. Juz 29 · halaman 575

    فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍۢ يَوْمٌ عَسِيرٌ ﴿٩

    Fazaalika yawma 'iziny yawmun 'aseer

    Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -

  10. Juz 29 · halaman 575

    عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍۢ ﴿١٠

    'Alal kaafireena ghayru yaseer

    Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).

  11. Juz 29 · halaman 575

    ذَرْنِى وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًۭا ﴿١١

    Zamee wa man khalaqtu waheedaa

    (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),

  12. Juz 29 · halaman 575

    وَجَعَلْتُ لَهُۥ مَالًۭا مَّمْدُودًۭا ﴿١٢

    Wa ja'altu lahoo maalam mamdoodaa

    Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,

  13. Juz 29 · halaman 575

    وَبَنِينَ شُهُودًۭا ﴿١٣

    Wa baneena shuhoodaa

    Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.

  14. Juz 29 · halaman 575

    وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمْهِيدًۭا ﴿١٤

    Wa mahhattu lahoo tamheeda

    Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.

  15. Juz 29 · halaman 575

    ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ ﴿١٥

    Summa yat ma'u an azeed

    Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;

  16. Juz 29 · halaman 575

    كَلَّآ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِءَايَٰتِنَا عَنِيدًۭا ﴿١٦

    Kallaaa innahoo kaana li Aayaatinaa 'aneedaa

    Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).

  17. Juz 29 · halaman 575

    سَأُرْهِقُهُۥ صَعُودًا ﴿١٧

    Sa urhiquhoo sa'oodaa

    Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.

  18. Juz 29 · halaman 576

    إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ ﴿١٨

    Innahoo fakkara wa qaddar

    Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -

  19. Juz 29 · halaman 576

    فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ ﴿١٩

    Faqutila kayfa qaddar

    Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

  20. Juz 29 · halaman 576

    ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ ﴿٢٠

    Summa qutila kaifa qaddar

    Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

  21. Juz 29 · halaman 576

    ثُمَّ نَظَرَ ﴿٢١

    Summa nazar

    Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);

  22. Juz 29 · halaman 576

    ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ ﴿٢٢

    Summa 'abasa wa basar

    Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;

  23. Juz 29 · halaman 576

    ثُمَّ أَدْبَرَ وَٱسْتَكْبَرَ ﴿٢٣

    Summaa adbara wastakbar

    Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,

  24. Juz 29 · halaman 576

    فَقَالَ إِنْ هَٰذَآ إِلَّا سِحْرٌۭ يُؤْثَرُ ﴿٢٤

    Faqaala in haazaaa illaa sihruny yu'sar

    Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

  25. Juz 29 · halaman 576

    إِنْ هَٰذَآ إِلَّا قَوْلُ ٱلْبَشَرِ ﴿٢٥

    In haazaaa illaa qawlul bashar

    "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"

  26. Juz 29 · halaman 576

    سَأُصْلِيهِ سَقَرَ ﴿٢٦

    Sa usleehi saqar

    (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.

  27. Juz 29 · halaman 576

    وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا سَقَرُ ﴿٢٧

    Wa maaa adraaka maa saqar

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?

  28. Juz 29 · halaman 576

    لَا تُبْقِى وَلَا تَذَرُ ﴿٢٨

    Laa tubqee wa laa tazar

    Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)

  29. Juz 29 · halaman 576

    لَوَّاحَةٌۭ لِّلْبَشَرِ ﴿٢٩

    Lawwaahatul lilbashar

    Ia terus-menerus membakar kulit manusia!

  30. Juz 29 · halaman 576

    عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ ﴿٣٠

    'Alaihaa tis'ata 'ashar

    Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

  31. Juz 29 · halaman 576

    وَمَا جَعَلْنَآ أَصْحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةًۭ ۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةًۭ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيَسْتَيْقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَيَزْدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِيمَٰنًۭا ۙ وَلَا يَرْتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌۭ وَٱلْكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًۭا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ ﴿٣١

    Wa maaja''alnaaa As haaban naari illaa malaaa 'ikatanw wa maa ja'alnaa 'iddatahum illaa fitnatal lillazeena kafaroo liyastayqinal lazeena ootul kitaaba wa yazdaadal lazeena aamanooo eemaananw wa laa yartaabal lazeena ootul kitaaba walmu'minoona wa liyaqoolal lazeena fee quloo bihim maradunw walkaafiroona maazaaa araadal laahu bihaazaa masalaa; kazaalika yudillul laahu many yashaaa'u wa yahdee many yashaaa'; wa maa ya'lamu junooda rabbika illaa hoo; wa maa hiya illaa zikraa lil bashar

    Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

  32. Juz 29 · halaman 576

    كَلَّا وَٱلْقَمَرِ ﴿٣٢

    Kallaa walqamar

    Sebenarnya! Demi bulan,

  33. Juz 29 · halaman 576

    وَٱلَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ ﴿٣٣

    Wallaili adbar

    Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,

  34. Juz 29 · halaman 576

    وَٱلصُّبْحِ إِذَآ أَسْفَرَ ﴿٣٤

    Wassub hi izaaa asfar

    Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,

  35. Juz 29 · halaman 576

    إِنَّهَا لَإِحْدَى ٱلْكُبَرِ ﴿٣٥

    Innahaa la ihdal kubar

    Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,

  36. Juz 29 · halaman 576

    نَذِيرًۭا لِّلْبَشَرِ ﴿٣٦

    Nazeeral lilbashar

    Yang menjadi amaran bagi umat manusia,

  37. Juz 29 · halaman 576

    لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ ﴿٣٧

    Liman shaaa'a minkum any yataqaddama aw yata akhkhar

    (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).

  38. Juz 29 · halaman 576

    كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ ﴿٣٨

    Kullu nafsim bim kasabat raheenah

    Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,

  39. Juz 29 · halaman 576

    إِلَّآ أَصْحَٰبَ ٱلْيَمِينِ ﴿٣٩

    Illaaa as haabal yameen

    Kecuali puak Kanan,

  40. Juz 29 · halaman 576

    فِى جَنَّٰتٍۢ يَتَسَآءَلُونَ ﴿٤٠

    Fee jannaatiny yata saaa'aloon

    (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,

  41. Juz 29 · halaman 576

    عَنِ ٱلْمُجْرِمِينَ ﴿٤١

    'Anil mujrimeen

    Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,

  42. Juz 29 · halaman 576

    مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ ﴿٤٢

    Maa salakakum fee saqar

    (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"

  43. Juz 29 · halaman 576

    قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ ﴿٤٣

    Qaaloo lam naku minal musalleen

    Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

  44. Juz 29 · halaman 576

    وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ ٱلْمِسْكِينَ ﴿٤٤

    Wa lam naku nut'imul miskeen

    "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

  45. Juz 29 · halaman 576

    وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآئِضِينَ ﴿٤٥

    Wa kunnaa nakhoodu ma'al khaaa'ideen

    "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;

  46. Juz 29 · halaman 576

    وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ ﴿٤٦

    Wa kunnaa nukazzibu bi yawmid Deen

    "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,

  47. Juz 29 · halaman 576

    حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلْيَقِينُ ﴿٤٧

    Hattaaa ataanal yaqeen

    "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".

  48. Juz 29 · halaman 577

    فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ ﴿٤٨

    Famaa tanfa'uhum shafaa'atush shaafi'een

    Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.

  49. Juz 29 · halaman 577

    فَمَا لَهُمْ عَنِ ٱلتَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ ﴿٤٩

    Famaa lahum 'anittazkirati mu'rideen

    (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?

  50. Juz 29 · halaman 577

    كَأَنَّهُمْ حُمُرٌۭ مُّسْتَنفِرَةٌۭ ﴿٥٠

    Ka annahum humurum mustanfirah

    Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,

  51. Juz 29 · halaman 577

    فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍۭ ﴿٥١

    Farrat min qaswarah

    Melarikan diri (ketakutan) dari singa!

  52. Juz 29 · halaman 577

    بَلْ يُرِيدُ كُلُّ ٱمْرِئٍۢ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًۭا مُّنَشَّرَةًۭ ﴿٥٢

    Bal yureedu kullum ri'im minhum any yu'taa suhufam munashsharah

    (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).

  53. Juz 29 · halaman 577

    كَلَّا ۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلْءَاخِرَةَ ﴿٥٣

    Kallaa bal laa yakhaafoonal aakhirah

    Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.

  54. Juz 29 · halaman 577

    كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذْكِرَةٌۭ ﴿٥٤

    Kallaaa innahoo tazkirah

    Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);

  55. Juz 29 · halaman 577

    فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ ﴿٥٥

    Fa man shaaa'a zakarah

    Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

  56. Juz 29 · halaman 577

    وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ هُوَ أَهْلُ ٱلتَّقْوَىٰ وَأَهْلُ ٱلْمَغْفِرَةِ ﴿٥٦

    Wa maa yazkuroona illaaa any yashaaa'al laah; Huwa ahlut taqwaa wa ahlul maghfirah

    Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).