Surah 56

Al-Waqi'ah الواقعة

الواقعةMakki96 ayat
Laporkan Ralat
Hifd

Pemain hafazan

Dengar ayat demi ayat, pilih ulangan dan gelungkan julat yang tepat.

Ayat 1daripada 96 · Mahmoud Khalil Al-Husary

Papan kekunci: Space main/jeda · ← → ayat sebelum/seterusnya

0:000:00

Al-Waqi'ah

Teks Arab: skrip Uthmani (disahkan Tanzil), melalui Al Quran Cloud.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. Juz 27 · halaman 534

    إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ ﴿١

    Izaa waqa'atil waaqi'ah

    Apabila berlaku hari kiamat itu,

  2. Juz 27 · halaman 534

    لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ ﴿٢

    Laisa liwaq'atihaa kaazibah

    Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

  3. Juz 27 · halaman 534

    خَافِضَةٌۭ رَّافِعَةٌ ﴿٣

    Khafidatur raafi'ah

    Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

  4. Juz 27 · halaman 534

    إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّۭا ﴿٤

    Izaa rujjatil ardu rajjaa

    (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

  5. Juz 27 · halaman 534

    وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّۭا ﴿٥

    Wa bussatil jibaalu bassaa

    Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

  6. Juz 27 · halaman 534

    فَكَانَتْ هَبَآءًۭ مُّنۢبَثًّۭا ﴿٦

    Fakaanat habaaa'am mumbassaa

    Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

  7. Juz 27 · halaman 534

    وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًۭا ثَلَٰثَةًۭ ﴿٧

    Wa kuntum azwaajan salaasah

    Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

  8. Juz 27 · halaman 534

    فَأَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ ﴿٨

    Fa as haabul maimanati maaa as haabul maimanah

    Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

  9. Juz 27 · halaman 534

    وَأَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ ﴿٩

    Wa as haabul mash'amati maaa as haabul mash'amah

    Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

  10. Juz 27 · halaman 534

    وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ ﴿١٠

    Wassaabiqoonas saabiqoon

    Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

  11. Juz 27 · halaman 534

    أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ ﴿١١

    Ulaaa'ikal muqarraboon

    Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

  12. Juz 27 · halaman 534

    فِى جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ﴿١٢

    Fee Jannaatin Na'eem

    (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

  13. Juz 27 · halaman 534

    ثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ ﴿١٣

    Sullatum minal awwaleen

    (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

  14. Juz 27 · halaman 534

    وَقَلِيلٌۭ مِّنَ ٱلْءَاخِرِينَ ﴿١٤

    Wa qaleelum minal aa khireen

    Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

  15. Juz 27 · halaman 534

    عَلَىٰ سُرُرٍۢ مَّوْضُونَةٍۢ ﴿١٥

    'Alaa sururim mawdoonah

    (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

  16. Juz 27 · halaman 534

    مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقَٰبِلِينَ ﴿١٦

    Muttaki'eena 'alaihaa mutaqabileen

    Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

  17. Juz 27 · halaman 535

    يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌۭ مُّخَلَّدُونَ ﴿١٧

    Yatoofu 'alaihim wildaa num mukkhalladoon

    Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

  18. Juz 27 · halaman 535

    بِأَكْوَابٍۢ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍۢ مِّن مَّعِينٍۢ ﴿١٨

    Bi akwaabinw wa abaareeq, wa kaasim mim ma'een

    Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

  19. Juz 27 · halaman 535

    لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ ﴿١٩

    Laa yusadda'oona 'anhaa wa laa yunzifoon

    Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

  20. Juz 27 · halaman 535

    وَفَٰكِهَةٍۢ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ﴿٢٠

    Wa faakihatim mimmaa yatakhaiyaroon

    Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

  21. Juz 27 · halaman 535

    وَلَحْمِ طَيْرٍۢ مِّمَّا يَشْتَهُونَ ﴿٢١

    Wa lahmi tairim mimmaa yashtahoon

    Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

  22. Juz 27 · halaman 535

    وَحُورٌ عِينٌۭ ﴿٢٢

    Wa hoorun'een

    Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

  23. Juz 27 · halaman 535

    كَأَمْثَٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ ﴿٢٣

    Ka amsaalil lu'lu'il maknoon

    Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

  24. Juz 27 · halaman 535

    جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ﴿٢٤

    Jazaaa'am bimaa kaanoo ya'maloon

    (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

  25. Juz 27 · halaman 535

    لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًۭا وَلَا تَأْثِيمًا ﴿٢٥

    Laa yasma'oona feehaa laghwanw wa laa taaseemaa

    Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -

  26. Juz 27 · halaman 535

    إِلَّا قِيلًۭا سَلَٰمًۭا سَلَٰمًۭا ﴿٢٦

    Illaa qeelan salaaman salaamaa

    Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

  27. Juz 27 · halaman 535

    وَأَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ ﴿٢٧

    Wa as haabul yameeni maaa as haabul Yameen

    Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

  28. Juz 27 · halaman 535

    فِى سِدْرٍۢ مَّخْضُودٍۢ ﴿٢٨

    Fee sidrim makhdood

    Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

  29. Juz 27 · halaman 535

    وَطَلْحٍۢ مَّنضُودٍۢ ﴿٢٩

    Wa talhim mandood

    Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

  30. Juz 27 · halaman 535

    وَظِلٍّۢ مَّمْدُودٍۢ ﴿٣٠

    Wa zillim mamdood

    Dan naungan yang tetap terbentang,

  31. Juz 27 · halaman 535

    وَمَآءٍۢ مَّسْكُوبٍۢ ﴿٣١

    Wa maaa'im maskoob

    Dan air yang sentiasa mengalir,

  32. Juz 27 · halaman 535

    وَفَٰكِهَةٍۢ كَثِيرَةٍۢ ﴿٣٢

    Wa faakihatin kaseerah

    Serta buah-buahan yang banyak,

  33. Juz 27 · halaman 535

    لَّا مَقْطُوعَةٍۢ وَلَا مَمْنُوعَةٍۢ ﴿٣٣

    Laa maqtoo'atinw wa laa mamnoo'ah

    Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

  34. Juz 27 · halaman 535

    وَفُرُشٍۢ مَّرْفُوعَةٍ ﴿٣٤

    Wa furushim marfoo'ah

    Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

  35. Juz 27 · halaman 535

    إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءًۭ ﴿٣٥

    Innaaa anshaanaahunna inshaaa'aa

    Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

  36. Juz 27 · halaman 535

    فَجَعَلْنَٰهُنَّ أَبْكَارًا ﴿٣٦

    Faja'alnaahunna abkaaraa

    Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

  37. Juz 27 · halaman 535

    عُرُبًا أَتْرَابًۭا ﴿٣٧

    'Uruban atraabaa

    Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

  38. Juz 27 · halaman 535

    لِّأَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ ﴿٣٨

    Li as haabil yameen

    (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

  39. Juz 27 · halaman 535

    ثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ ﴿٣٩

    Sullatum minal awwa leen

    Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

  40. Juz 27 · halaman 535

    وَثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْءَاخِرِينَ ﴿٤٠

    Wa sullatum minal aakhireen

    Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

  41. Juz 27 · halaman 535

    وَأَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ ﴿٤١

    Wa as haabush shimaali maaa as haabush shimaal

    Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

  42. Juz 27 · halaman 535

    فِى سَمُومٍۢ وَحَمِيمٍۢ ﴿٤٢

    Fee samoominw wa hameem

    Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

  43. Juz 27 · halaman 535

    وَظِلٍّۢ مِّن يَحْمُومٍۢ ﴿٤٣

    Wa zillim miny yahmoom

    Serta naungan dari asap hitam,

  44. Juz 27 · halaman 535

    لَّا بَارِدٍۢ وَلَا كَرِيمٍ ﴿٤٤

    Laa baaridinw wa laa kareem

    Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

  45. Juz 27 · halaman 535

    إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ ﴿٤٥

    Innaahum kaanoo qabla zaalika mutrafeen

    Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

  46. Juz 27 · halaman 535

    وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ ﴿٤٦

    Wa kaanoo yusirroona 'alal hinsil 'azeem

    Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

  47. Juz 27 · halaman 535

    وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ ﴿٤٧

    Wa kaanoo yaqooloona a'izaa mitnaa wa kunnaa turaabanw wa izaaman'ainnaa lamab'oosoon

    Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

  48. Juz 27 · halaman 535

    أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ ﴿٤٨

    Awa aabaaa'unal awwaloon

    "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "

  49. Juz 27 · halaman 535

    قُلْ إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ وَٱلْءَاخِرِينَ ﴿٤٩

    Qul innal awwaleena wal aakhireen

    Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

  50. Juz 27 · halaman 535

    لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوْمٍۢ مَّعْلُومٍۢ ﴿٥٠

    Lamajmoo'oona ilaa meeqaati yawmim ma'loon

    "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

  51. Juz 27 · halaman 536

    ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ ﴿٥١

    summa innakum ayyuhad daaalloonal mukazziboon

    "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

  52. Juz 27 · halaman 536

    لَءَاكِلُونَ مِن شَجَرٍۢ مِّن زَقُّومٍۢ ﴿٥٢

    La aakiloona min shaja rim min zaqqoom

    Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

  53. Juz 27 · halaman 536

    فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ ﴿٥٣

    Famaali'oona minhal butoon

    "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

  54. Juz 27 · halaman 536

    فَشَٰرِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ ٱلْحَمِيمِ ﴿٥٤

    Fashaariboona 'alaihi minal hameem

    "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

  55. Juz 27 · halaman 536

    فَشَٰرِبُونَ شُرْبَ ٱلْهِيمِ ﴿٥٥

    Fashaariboona shurbal heem

    "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".

  56. Juz 27 · halaman 536

    هَٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ ٱلدِّينِ ﴿٥٦

    Haazaa nuzuluhum yawmad deen

    Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

  57. Juz 27 · halaman 536

    نَحْنُ خَلَقْنَٰكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ ﴿٥٧

    Nahnu khalaqnaakum falaw laa tusaddiqoon

    Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

  58. Juz 27 · halaman 536

    أَفَرَءَيْتُم مَّا تُمْنُونَ ﴿٥٨

    Afara'aytum maa tumnoon

    (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

  59. Juz 27 · halaman 536

    ءَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلْخَٰلِقُونَ ﴿٥٩

    'A-antum takhluqoo nahooo am nahnul khaaliqoon

    Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

  60. Juz 27 · halaman 536

    نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ ٱلْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ ﴿٦٠

    Nahnu qaddarnaa baina kumul mawta wa maa nahnu bimasbooqeen

    Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

  61. Juz 27 · halaman 536

    عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَٰلَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِى مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٦١

    'Alaaa an nubaddila amsaalakum wa nunshi'akum fee maa laa ta'lamoon

    (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

  62. Juz 27 · halaman 536

    وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ ﴿٦٢

    Wa laqad 'alimtumun nash atal oolaa falaw laa tazakkaroon

    Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

  63. Juz 27 · halaman 536

    أَفَرَءَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ ﴿٦٣

    Afara'aytum maa tahrusoon

    Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

  64. Juz 27 · halaman 536

    ءَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلزَّٰرِعُونَ ﴿٦٤

    'A-antum tazra'oonahooo am nahnuz zaari'ooon

    Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

  65. Juz 27 · halaman 536

    لَوْ نَشَآءُ لَجَعَلْنَٰهُ حُطَٰمًۭا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ ﴿٦٥

    Law nashaaa'u laja'al naahu hutaaman fazaltum tafakkahoon

    Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

  66. Juz 27 · halaman 536

    إِنَّا لَمُغْرَمُونَ ﴿٦٦

    Innaa lamughramoon

    (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

  67. Juz 27 · halaman 536

    بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ ﴿٦٧

    Bal nahnu mahroomoon

    "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "

  68. Juz 27 · halaman 536

    أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ ﴿٦٨

    Afara'aytumul maaa'allazee tashraboon

    Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

  69. Juz 27 · halaman 536

    ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ ﴿٦٩

    'A-antum anzaltumoohu minal muzni am nahnul munziloon

    Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

  70. Juz 27 · halaman 536

    لَوْ نَشَآءُ جَعَلْنَٰهُ أُجَاجًۭا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ ﴿٧٠

    Law nashaaa'u ja'alnaahu ujaajan falaw laa tashkuroon

    Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

  71. Juz 27 · halaman 536

    أَفَرَءَيْتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ ﴿٧١

    Afara'aytumun naaral latee tooroon

    Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

  72. Juz 27 · halaman 536

    ءَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَآ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنشِـُٔونَ ﴿٧٢

    'A-antum anshaatum shajaratahaaa am nahnul munshi'oon

    Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

  73. Juz 27 · halaman 536

    نَحْنُ جَعَلْنَٰهَا تَذْكِرَةًۭ وَمَتَٰعًۭا لِّلْمُقْوِينَ ﴿٧٣

    Nahnu ja'alnaahaa tazkira tanw wa mataa'al lilmuqween

    Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

  74. Juz 27 · halaman 536

    فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ ﴿٧٤

    Fasabbih bismi Rabbikal 'azeem

    Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

  75. Juz 27 · halaman 536

    ۞ فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ﴿٧٥

    Falaa uqsimu bimaawaa qi'innujoom

    Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

  76. Juz 27 · halaman 536

    وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌۭ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ ﴿٧٦

    Wa innahoo laqasamul lawta'lamoona'azeem

    Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

  77. Juz 27 · halaman 537

    إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌۭ كَرِيمٌۭ ﴿٧٧

    Innahoo la quraanun kareem

    Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

  78. Juz 27 · halaman 537

    فِى كِتَٰبٍۢ مَّكْنُونٍۢ ﴿٧٨

    Fee kitaabim maknoon

    Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

  79. Juz 27 · halaman 537

    لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ ﴿٧٩

    Laa yamassuhooo illal mutahharoon

    Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

  80. Juz 27 · halaman 537

    تَنزِيلٌۭ مِّن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴿٨٠

    Tanzeelum mir Rabbil'aalameen

    Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

  81. Juz 27 · halaman 537

    أَفَبِهَٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ ﴿٨١

    Afabihaazal hadeesi antum mudhinoon

    Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

  82. Juz 27 · halaman 537

    وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ ﴿٨٢

    Wa taj'aloona rizqakum annakum tukazziboon

    Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

  83. Juz 27 · halaman 537

    فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ ﴿٨٣

    Falaw laaa izaa balaghatil hulqoom

    Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

  84. Juz 27 · halaman 537

    وَأَنتُمْ حِينَئِذٍۢ تَنظُرُونَ ﴿٨٤

    Wa antum heena'izin tanzuroon

    Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

  85. Juz 27 · halaman 537

    وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ ﴿٨٥

    Wa nahnu aqrabu ilaihi minkum wa laakil laa tubsiroon

    Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

  86. Juz 27 · halaman 537

    فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ ﴿٨٦

    Falaw laaa in kuntum ghira madeeneen

    Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

  87. Juz 27 · halaman 537

    تَرْجِعُونَهَآ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ ﴿٨٧

    Tarji'oonahaaa in kuntum saadiqeen

    Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

  88. Juz 27 · halaman 537

    فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ ﴿٨٨

    Fa ammaaa in kaana minal muqarrabeen

    Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

  89. Juz 27 · halaman 537

    فَرَوْحٌۭ وَرَيْحَانٌۭ وَجَنَّتُ نَعِيمٍۢ ﴿٨٩

    Farawhunw wa raihaa nunw wa jannatu na'eem

    Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

  90. Juz 27 · halaman 537

    وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ ﴿٩٠

    Wa ammaaa in kaana min as haabil yameen

    Dan jika ia dari puak kanan,

  91. Juz 27 · halaman 537

    فَسَلَٰمٌۭ لَّكَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ ﴿٩١

    Fasalaamul laka min as haabil yameen

    Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".

  92. Juz 27 · halaman 537

    وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٩٢

    Wa ammaaa in kaana minal mukazzibeenad daaalleen

    Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

  93. Juz 27 · halaman 537

    فَنُزُلٌۭ مِّنْ حَمِيمٍۢ ﴿٩٣

    Fanuzulum min hameem

    Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

  94. Juz 27 · halaman 537

    وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ ﴿٩٤

    Wa tasliyatu jaheem

    Serta bakaran api neraka.

  95. Juz 27 · halaman 537

    إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ ﴿٩٥

    Inna haaza lahuwa haqqul yaqeen

    Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

  96. Juz 27 · halaman 537

    فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ ﴿٩٦

    Fasabbih bismi rabbikal 'azeem

    Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.