Surah 55

Ar-Rahman الرحمن

الرحمنMadani78 ayat
Laporkan Ralat
Hifd

Pemain hafazan

Dengar ayat demi ayat, pilih ulangan dan gelungkan julat yang tepat.

Ayat 1daripada 78 · Mahmoud Khalil Al-Husary

Papan kekunci: Space main/jeda · ← → ayat sebelum/seterusnya

0:000:00

Ar-Rahman

Teks Arab: skrip Uthmani (disahkan Tanzil), melalui Al Quran Cloud.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. Juz 27 · halaman 531

    ٱلرَّحْمَٰنُ ﴿١

    Ar Rahmaan

    (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

  2. Juz 27 · halaman 531

    عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ ﴿٢

    'Allamal Quran

    Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

  3. Juz 27 · halaman 531

    خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ ﴿٣

    Khalaqal insaan

    Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

  4. Juz 27 · halaman 531

    عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ ﴿٤

    'Allamalhul bayaan

    Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

  5. Juz 27 · halaman 531

    ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍۢ ﴿٥

    Ashshamsu walqamaru bihusbaan

    Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

  6. Juz 27 · halaman 531

    وَٱلنَّجْمُ وَٱلشَّجَرُ يَسْجُدَانِ ﴿٦

    Wannajmu washshajaru yasjudan

    Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

  7. Juz 27 · halaman 531

    وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ ﴿٧

    Wassamaaa'a rafa'ahaa wa wada'al Meezan

    Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

  8. Juz 27 · halaman 531

    أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ ﴿٨

    Allaa tatghaw fil meezaan

    Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

  9. Juz 27 · halaman 531

    وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ ﴿٩

    Wa aqeemul wazna bilqisti wa laa tukhsirul meezaan

    Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

  10. Juz 27 · halaman 531

    وَٱلْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ ﴿١٠

    Wal arda wada'ahaa lilanaame

    Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

  11. Juz 27 · halaman 531

    فِيهَا فَٰكِهَةٌۭ وَٱلنَّخْلُ ذَاتُ ٱلْأَكْمَامِ ﴿١١

    Feehaa faakihatunw wan nakhlu zaatul akmaam

    Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

  12. Juz 27 · halaman 531

    وَٱلْحَبُّ ذُو ٱلْعَصْفِ وَٱلرَّيْحَانُ ﴿١٢

    Walhabbu zul 'asfi war Raihaanu

    Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

  13. Juz 27 · halaman 531

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٣

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

  14. Juz 27 · halaman 531

    خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِن صَلْصَٰلٍۢ كَٱلْفَخَّارِ ﴿١٤

    Khalaqal insaana min salsaalin kalfakhkhaari

    Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

  15. Juz 27 · halaman 531

    وَخَلَقَ ٱلْجَآنَّ مِن مَّارِجٍۢ مِّن نَّارٍۢ ﴿١٥

    Wa khalaqal jaaan mim maarijim min naar

    Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

  16. Juz 27 · halaman 531

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٦

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  17. Juz 27 · halaman 532

    رَبُّ ٱلْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ ٱلْمَغْرِبَيْنِ ﴿١٧

    Rabbul mashriqayni wa Rabbul maghribayni

    (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

  18. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٨

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  19. Juz 27 · halaman 532

    مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ ﴿١٩

    Marajal bahrayni yalta qiyaani

    Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

  20. Juz 27 · halaman 532

    بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌۭ لَّا يَبْغِيَانِ ﴿٢٠

    Bainahumaa barzakhul laa yabghiyaan

    Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

  21. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢١

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  22. Juz 27 · halaman 532

    يَخْرُجُ مِنْهُمَا ٱللُّؤْلُؤُ وَٱلْمَرْجَانُ ﴿٢٢

    Yakhruju minhumal lu 'lu u wal marjaanu

    Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

  23. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢٣

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  24. Juz 27 · halaman 532

    وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَٰمِ ﴿٢٤

    Wa lahul jawaaril mun sha'aatu fil bahri kal a'laam

    Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

  25. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢٥

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  26. Juz 27 · halaman 532

    كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍۢ ﴿٢٦

    Kullu man 'alaihaa faan

    Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

  27. Juz 27 · halaman 532

    وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ ﴿٢٧

    Wa yabqaa wajhu rabbika zul jalaali wal ikraam

    Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

  28. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢٨

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  29. Juz 27 · halaman 532

    يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍۢ ﴿٢٩

    Yas'aluhoo man fissamaawaati walard; kulla ywmin huwa fee shaan

    Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

  30. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٠

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

  31. Juz 27 · halaman 532

    سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ ﴿٣١

    Sanafrughu lakum ayyuhas saqalaan

    Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

  32. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٢

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  33. Juz 27 · halaman 532

    يَٰمَعْشَرَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ إِنِ ٱسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا۟ مِنْ أَقْطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ فَٱنفُذُوا۟ ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَٰنٍۢ ﴿٣٣

    Yaa ma'sharal jinni wal insi inis tata'tum an tanfuzoo min aqtaaris samaawaati wal ardi fanfuzoo; laa tanfuzoona illaa bisultaan

    Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

  34. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٤

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  35. Juz 27 · halaman 532

    يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌۭ مِّن نَّارٍۢ وَنُحَاسٌۭ فَلَا تَنتَصِرَانِ ﴿٣٥

    Yursalu 'alaikumaa shuwaazum min naarifiw-wa nuhaasun falaa tantasiraan

    Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

  36. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٦

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  37. Juz 27 · halaman 532

    فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةًۭ كَٱلدِّهَانِ ﴿٣٧

    Fa-izan shaqqatis samaaa'u fakaanat wardatan kaddihaan

    Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

  38. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٨

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  39. Juz 27 · halaman 532

    فَيَوْمَئِذٍۢ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌۭ وَلَا جَآنٌّۭ ﴿٣٩

    Fa-yawma'izil laa yus'alu 'an zambiheee insunw wa laa jaann

    Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

  40. Juz 27 · halaman 532

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٠

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  41. Juz 27 · halaman 533

    يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ ﴿٤١

    Yu'raful mujrimoona biseemaahum fa'yu'khazu binna waasi wal aqdaam

    Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

  42. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٢

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  43. Juz 27 · halaman 533

    هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ ﴿٤٣

    Haazihee jahannamul latee yukazzibu bihal mujrimoon

    (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".

  44. Juz 27 · halaman 533

    يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍۢ ﴿٤٤

    Yatoofoona bainahaa wa baina hameemim aan

    Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

  45. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٥

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  46. Juz 27 · halaman 533

    وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ﴿٤٦

    Wa liman khaafa maqaama rabbihee jannataan

    Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

  47. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٧

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  48. Juz 27 · halaman 533

    ذَوَاتَآ أَفْنَانٍۢ ﴿٤٨

    Zawaataaa afnaan

    (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

  49. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٩

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  50. Juz 27 · halaman 533

    فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ ﴿٥٠

    Feehimaa 'aynaani tajriyaan

    Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

  51. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥١

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

  52. Juz 27 · halaman 533

    فِيهِمَا مِن كُلِّ فَٰكِهَةٍۢ زَوْجَانِ ﴿٥٢

    Feehimaa min kulli faakihatin zawjaan

    Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

  53. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٣

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  54. Juz 27 · halaman 533

    مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍۢ ۚ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍۢ ﴿٥٤

    Muttaki'eena 'alaa furushim bataaa'inuhaa min istabraq; wajanal jannataini daan

    Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

  55. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٥

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  56. Juz 27 · halaman 533

    فِيهِنَّ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌۭ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّۭ ﴿٥٦

    Feehinna qaasiratut tarfi lam yatmishunna insun qablahum wa laa jaaann

    Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

  57. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٧

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  58. Juz 27 · halaman 533

    كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ ﴿٥٨

    ka annahunnal yaaqootu wal marjaan

    Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

  59. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٩

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  60. Juz 27 · halaman 533

    هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ ﴿٦٠

    Hal jazaaa'ul ihsaani illal ihsaan

    Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

  61. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦١

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  62. Juz 27 · halaman 533

    وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ﴿٦٢

    Wa min doonihimaa jannataan

    Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

  63. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٣

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  64. Juz 27 · halaman 533

    مُدْهَآمَّتَانِ ﴿٦٤

    Mudhaaammataan

    Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

  65. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٥

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  66. Juz 27 · halaman 533

    فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ ﴿٦٦

    Feehimaa 'aynaani nad daakhataan

    Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

  67. Juz 27 · halaman 533

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٧

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  68. Juz 27 · halaman 534

    فِيهِمَا فَٰكِهَةٌۭ وَنَخْلٌۭ وَرُمَّانٌۭ ﴿٦٨

    Feehimaa faakihatunw wa nakhlunw wa rummaan

    Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

  69. Juz 27 · halaman 534

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٩

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  70. Juz 27 · halaman 534

    فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌۭ ﴿٧٠

    Feehinna khairaatun hisaan

    Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

  71. Juz 27 · halaman 534

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧١

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  72. Juz 27 · halaman 534

    حُورٌۭ مَّقْصُورَٰتٌۭ فِى ٱلْخِيَامِ ﴿٧٢

    Hoorum maqsooraatun fil khiyaam

    Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

  73. Juz 27 · halaman 534

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧٣

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  74. Juz 27 · halaman 534

    لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌۭ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّۭ ﴿٧٤

    Lam yatmis hunna insun qablahum wa laa jaaann

    (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

  75. Juz 27 · halaman 534

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧٥

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  76. Juz 27 · halaman 534

    مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍۢ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍۢ ﴿٧٦

    Muttaki'eena 'alaa rafratin khudrinw wa 'abqariyyin hisaan

    Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

  77. Juz 27 · halaman 534

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧٧

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  78. Juz 27 · halaman 534

    تَبَٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ ﴿٧٨

    Tabaarakasmu Rabbika Zil-Jalaali wal-Ikraam

    Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.