Surah 96

Al-'Alaq العلق

العلقMakki19 ayat
Laporkan Ralat
Ayat 1daripada 19 · Mahmoud Khalil Al-Husary
0:000:00
Tetapan
Hifd

Pemain hafazan

Dengar ayat demi ayat, pilih ulangan dan gelungkan julat yang tepat.

Al-'Alaq

Paparan

✓ Teks Arab: skrip Uthmani (disahkan Tanzil), melalui Al Quran Cloud.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. Juz 30 · halaman 597

    ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾

    Iqra bismi rab bikal lazee khalaq

    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

  2. Juz 30 · halaman 597

    خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾

    Khalaqal insaana min 'alaq

    Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

  3. Juz 30 · halaman 597

    ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾

    Iqra wa rab bukal akram

    Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

  4. Juz 30 · halaman 597

    ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾

    Al lazee 'allama bil qalam

    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

  5. Juz 30 · halaman 597

    عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥﴾

    'Al lamal insaana ma lam y'alam

    Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

  6. Juz 30 · halaman 597

    كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَيَطْغَىٰٓ ﴿٦﴾

    Kallaa innal insaana layatghaa

    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

  7. Juz 30 · halaman 597

    أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ ﴿٧﴾

    Ar-ra aahus taghnaa

    Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

  8. Juz 30 · halaman 597

    إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ ﴿٨﴾

    Innna ilaa rabbikar ruj'aa

    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

  9. Juz 30 · halaman 597

    أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ ﴿٩﴾

    Ara-aital lazee yanhaa

    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

  10. Juz 30 · halaman 597

    عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ ﴿١٠﴾

    'Abdan iza sallaa

    Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

  11. Juz 30 · halaman 597

    أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ ﴿١١﴾

    Ara-aita in kana 'alal hudaa

    Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

  12. Juz 30 · halaman 597

    أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ ﴿١٢﴾

    Au amara bit taqwaa

    Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

  13. Juz 30 · halaman 597

    أَرَءَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ ﴿١٣﴾

    Ara-aita in kaz zaba wa ta walla

    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

  14. Juz 30 · halaman 597

    أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ ﴿١٤﴾

    Alam y'alam bi-an nal lahaa yaraa

    Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

  15. Juz 30 · halaman 597

    كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ ﴿١٥﴾

    Kalla la illam yantahi la nasfa'am bin nasiyah

    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

  16. Juz 30 · halaman 597

    نَاصِيَةٍۢ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ ﴿١٦﴾

    Nasiyatin kazi batin khaatiyah

    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

  17. Juz 30 · halaman 597

    فَلْيَدْعُ نَادِيَهُۥ ﴿١٧﴾

    Fal yad'u naadiyah

    Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

  18. Juz 30 · halaman 597

    سَنَدْعُ ٱلزَّبَانِيَةَ ﴿١٨﴾

    Sanad 'uz zabaaniyah

    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

  19. Juz 30 · halaman 597

    كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب ۩ ﴿١٩﴾

    Kalla; la tuti'hu wasjud waqtarib

    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!