Surah 94

Ash-Sharh الشرح

الشرحMakki8 ayat
Laporkan Ralat
Hifd

Pemain hafazan

Dengar ayat demi ayat, pilih ulangan dan gelungkan julat yang tepat.

Ayat 1daripada 8 · Mahmoud Khalil Al-Husary

Papan kekunci: Space main/jeda · ← → ayat sebelum/seterusnya

0:000:00

Ash-Sharh

Teks Arab: skrip Uthmani (disahkan Tanzil), melalui Al Quran Cloud.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. Juz 30 · halaman 596

    أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١

    Alam nashrah laka sadrak

    Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

  2. Juz 30 · halaman 596

    وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢

    Wa wa d'ana 'anka wizrak

    Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

  3. Juz 30 · halaman 596

    ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣

    Allazee anqada zahrak

    Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

  4. Juz 30 · halaman 596

    وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤

    Wa raf 'ana laka zikrak

    Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

  5. Juz 30 · halaman 596

    فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥

    Fa inna ma'al usri yusra

    Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

  6. Juz 30 · halaman 596

    إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا ﴿٦

    Inna ma'al 'usri yusra

    (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

  7. Juz 30 · halaman 596

    فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ ﴿٧

    Fa iza faragh ta fansab

    Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

  8. Juz 30 · halaman 596

    وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب ﴿٨

    Wa ilaa rabbika far ghab

    Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).