Surah 70

Al-Ma'arij المعارج

المعارجMakki44 ayat
Laporkan Ralat
Hifd

Pemain hafazan

Dengar ayat demi ayat, pilih ulangan dan gelungkan julat yang tepat.

Ayat 1daripada 44 · Mahmoud Khalil Al-Husary

Papan kekunci: Space main/jeda · ← → ayat sebelum/seterusnya

0:000:00

Al-Ma'arij

Teks Arab: skrip Uthmani (disahkan Tanzil), melalui Al Quran Cloud.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. Juz 29 · halaman 568

    سَأَلَ سَآئِلٌۢ بِعَذَابٍۢ وَاقِعٍۢ ﴿١

    Sa ala saaa'ilum bi'azaa binw-waaqi'

    Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

  2. Juz 29 · halaman 568

    لِّلْكَٰفِرِينَ لَيْسَ لَهُۥ دَافِعٌۭ ﴿٢

    Lilkaafireen laisa lahoo daafi'

    Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -

  3. Juz 29 · halaman 568

    مِّنَ ٱللَّهِ ذِى ٱلْمَعَارِجِ ﴿٣

    Minal laahi zil ma'aarij

    Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik -

  4. Juz 29 · halaman 568

    تَعْرُجُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍۢ كَانَ مِقْدَارُهُۥ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍۢ ﴿٤

    Ta'rujul malaaa'ikatu war Roohu ilaihi fee yawmin kaana miqdaaruhoo khamseena alfa sanah

    Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).

  5. Juz 29 · halaman 568

    فَٱصْبِرْ صَبْرًۭا جَمِيلًا ﴿٥

    Fasbir ssabran jameelaa

    Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.

  6. Juz 29 · halaman 568

    إِنَّهُمْ يَرَوْنَهُۥ بَعِيدًۭا ﴿٦

    Inaahum yarawnahoo ba'eedaa

    Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),

  7. Juz 29 · halaman 568

    وَنَرَىٰهُ قَرِيبًۭا ﴿٧

    Wa naraahu qareebaa

    Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),

  8. Juz 29 · halaman 568

    يَوْمَ تَكُونُ ٱلسَّمَآءُ كَٱلْمُهْلِ ﴿٨

    Yawma takoonus samaaa'u kalmuhl

    (Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,

  9. Juz 29 · halaman 568

    وَتَكُونُ ٱلْجِبَالُ كَٱلْعِهْنِ ﴿٩

    Wa takoonul jibaalu kal'ihn

    Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)

  10. Juz 29 · halaman 568

    وَلَا يَسْـَٔلُ حَمِيمٌ حَمِيمًۭا ﴿١٠

    Wa laa yas'alu hameemun hameemaa

    Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),

  11. Juz 29 · halaman 569

    يُبَصَّرُونَهُمْ ۚ يَوَدُّ ٱلْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِى مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍۭ بِبَنِيهِ ﴿١١

    Yubassaroonahum; ya waddul mujrimu law yaftadee min 'azaabi yawma'izim bibaneeh

    Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,

  12. Juz 29 · halaman 569

    وَصَٰحِبَتِهِۦ وَأَخِيهِ ﴿١٢

    Wa saahibatihee wa akheeh

    Dan isteri serta saudaranya,

  13. Juz 29 · halaman 569

    وَفَصِيلَتِهِ ٱلَّتِى تُـْٔوِيهِ ﴿١٣

    Wa faseelathil latee tu'weeh

    Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,

  14. Juz 29 · halaman 569

    وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًۭا ثُمَّ يُنجِيهِ ﴿١٤

    Wa man fil ardi jamee'an summa yunjeeh

    Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.

  15. Juz 29 · halaman 569

    كَلَّآ ۖ إِنَّهَا لَظَىٰ ﴿١٥

    Kallaa innahaa lazaa

    Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,

  16. Juz 29 · halaman 569

    نَزَّاعَةًۭ لِّلشَّوَىٰ ﴿١٦

    Nazzaa'atal lishshawaa

    (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,

  17. Juz 29 · halaman 569

    تَدْعُوا۟ مَنْ أَدْبَرَ وَتَوَلَّىٰ ﴿١٧

    Tad'oo man adbara wa tawallaa

    Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),

  18. Juz 29 · halaman 569

    وَجَمَعَ فَأَوْعَىٰٓ ﴿١٨

    W jama'a fa aw'aa

    Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).

  19. Juz 29 · halaman 569

    ۞ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا ﴿١٩

    Innal insaana khuliqa haloo'aa

    Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -

  20. Juz 29 · halaman 569

    إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعًۭا ﴿٢٠

    Izaa massahush sharru jazoo'aa

    Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;

  21. Juz 29 · halaman 569

    وَإِذَا مَسَّهُ ٱلْخَيْرُ مَنُوعًا ﴿٢١

    Wa izaa massahul khairu manoo'aa

    Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

  22. Juz 29 · halaman 569

    إِلَّا ٱلْمُصَلِّينَ ﴿٢٢

    Illal musalleen

    Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -

  23. Juz 29 · halaman 569

    ٱلَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَآئِمُونَ ﴿٢٣

    Allazeena hum 'alaa Salaatihim daaa'imoon

    Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

  24. Juz 29 · halaman 569

    وَٱلَّذِينَ فِىٓ أَمْوَٰلِهِمْ حَقٌّۭ مَّعْلُومٌۭ ﴿٢٤

    Wallazeena feee amwaalihim haqqum ma'loom

    Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -

  25. Juz 29 · halaman 569

    لِّلسَّآئِلِ وَٱلْمَحْرُومِ ﴿٢٥

    Lissaaa 'ili walmahroom

    Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);

  26. Juz 29 · halaman 569

    وَٱلَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ ﴿٢٦

    Wallazeena yusaddiqoona bi yawmid Deen

    Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);

  27. Juz 29 · halaman 569

    وَٱلَّذِينَ هُم مِّنْ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ ﴿٢٧

    Wallazeena hum min 'azaabi Rabbihim mushfiqoon

    Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -

  28. Juz 29 · halaman 569

    إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍۢ ﴿٢٨

    Inna 'azaaba Rabbihim ghairu maamoon

    Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;

  29. Juz 29 · halaman 569

    وَٱلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَٰفِظُونَ ﴿٢٩

    Wallazeena hum lifuroo jihim haafizoon

    Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

  30. Juz 29 · halaman 569

    إِلَّا عَلَىٰٓ أَزْوَٰجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٣٠

    Illaa 'alaaa azwaajihim aw maa malakat aymaanuhum fainnahum ghairu maloomeen

    Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;

  31. Juz 29 · halaman 569

    فَمَنِ ٱبْتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْعَادُونَ ﴿٣١

    Famanib taghaa waraaa'a zaalika fa ulaaa'ika humul 'aadoon

    Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

  32. Juz 29 · halaman 569

    وَٱلَّذِينَ هُمْ لِأَمَٰنَٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَٰعُونَ ﴿٣٢

    Wallazeena hum li amaa naatihim wa 'ahdihim raa'oon

    Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

  33. Juz 29 · halaman 569

    وَٱلَّذِينَ هُم بِشَهَٰدَٰتِهِمْ قَآئِمُونَ ﴿٣٣

    Wallazeena hum bishahaadaatihim qaaa'imoon

    Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);

  34. Juz 29 · halaman 569

    وَٱلَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٣٤

    Wallazeena hum 'alaa salaatihim yuhaafizoon

    Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

  35. Juz 29 · halaman 569

    أُو۟لَٰٓئِكَ فِى جَنَّٰتٍۢ مُّكْرَمُونَ ﴿٣٥

    Ulaaa'ika fee jannaatim mukramoon

    Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

  36. Juz 29 · halaman 569

    فَمَالِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ قِبَلَكَ مُهْطِعِينَ ﴿٣٦

    Famaa lil lazeena kafaroo qibalaka muhti'een

    Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu -

  37. Juz 29 · halaman 569

    عَنِ ٱلْيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ عِزِينَ ﴿٣٧

    'Anil yameeni wa 'anish shimaali 'izeen

    (Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.

  38. Juz 29 · halaman 569

    أَيَطْمَعُ كُلُّ ٱمْرِئٍۢ مِّنْهُمْ أَن يُدْخَلَ جَنَّةَ نَعِيمٍۢ ﴿٣٨

    Ayatma'u kullum ri'im minhum anyyudkhala jannata Na'eem

    Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?

  39. Juz 29 · halaman 569

    كَلَّآ ۖ إِنَّا خَلَقْنَٰهُم مِّمَّا يَعْلَمُونَ ﴿٣٩

    Kallaaa innaa khalaq nahum mimmaa ya'lamoon

    Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.

  40. Juz 29 · halaman 570

    فَلَآ أُقْسِمُ بِرَبِّ ٱلْمَشَٰرِقِ وَٱلْمَغَٰرِبِ إِنَّا لَقَٰدِرُونَ ﴿٤٠

    Falaaa uqsimu bi Rabbil mashaariqi wal maghaaribi innaa laqaadiroon

    Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, - sesungguhnya Kami berkuasa -

  41. Juz 29 · halaman 570

    عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ خَيْرًۭا مِّنْهُمْ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ ﴿٤١

    'Alaaa an nubaddila khairam minhum wa maa Nahnu bimasbooqeen

    (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.

  42. Juz 29 · halaman 570

    فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا۟ وَيَلْعَبُوا۟ حَتَّىٰ يُلَٰقُوا۟ يَوْمَهُمُ ٱلَّذِى يُوعَدُونَ ﴿٤٢

    Fazarhum yakhoodoo wa yal'aboo hattaa yulaaqoo yaw mahumul lazee yoo'adoon

    Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! -

  43. Juz 29 · halaman 570

    يَوْمَ يَخْرُجُونَ مِنَ ٱلْأَجْدَاثِ سِرَاعًۭا كَأَنَّهُمْ إِلَىٰ نُصُبٍۢ يُوفِضُونَ ﴿٤٣

    Yawma yakhrujoona minal ajdaasi siraa'an ka anna hum ilaa nusubiny yoofidoon

    Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),

  44. Juz 29 · halaman 570

    خَٰشِعَةً أَبْصَٰرُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌۭ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمُ ٱلَّذِى كَانُوا۟ يُوعَدُونَ ﴿٤٤

    Khaashi'atan absaaruhum tarhaquhum zillah; zaalikal yawmul lazee kaanoo yoo'adoon

    Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.